Penambahbaikan Atap Singgora Dari Aspek Bahan Gunaan Dan Reka Bentuk

Tesis ini mengkaji tentang atap tanah liat iaitu singgora. Sejarah awal menjelaskan bahawa teknologi pembuatan atap singgora dibawa masuk ke Songkla oleh para pedagang Cina pada abab ke-16. Selain Songkla, perusahaan atap singgora telah berkembang dengan pesat sehingga ke negeri Kelantan dan Tere...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamad, Shamsu
格式: Thesis
語言:English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/43938/1/Shamsu%20Mohamad24.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tesis ini mengkaji tentang atap tanah liat iaitu singgora. Sejarah awal menjelaskan bahawa teknologi pembuatan atap singgora dibawa masuk ke Songkla oleh para pedagang Cina pada abab ke-16. Selain Songkla, perusahaan atap singgora telah berkembang dengan pesat sehingga ke negeri Kelantan dan Terengganu. Atap singgora digunakan secara meluas dalam seni bina tradisi masyarakat Melayu, Thai dan Cina Peranakan. Seni bina tradisi yang dimaksudkan ialah rumah, wakaf, masjid, wat Buddha, pintu gerbang, dan makam. Perusahaan tradisi ini semakin pupus, sehingga kini masih terdapat sebuah perusahaan dari Kampung Pengkalan Baru, Bachok (KPBB) yang masih beroperasi. Pemasalahan kajian ini bertitik tolak dari kelemahan produk atap singgora yang mudah pecah apabila ditimpa oleh ranting kayu, daun kelapa dan sebagainya. Haiwan, dan angin kencang merupakan di antara punca yang menyebabkan berlaku kerosakan dan anjakan di sebabkan saiznya yang kecil dan nipis. Oleh yang demikian, matlamat utama penyelidikan ini adalah bagi mencari solusi dalam memperbaiki kelemahan atap singgora seperti yang telah maklum. Ini dapat dicapai dengan meningkatkan kekuatan tanah liat atap singgora dan cara susun atur yang lebih ekonomikal. Oleh yang demikian, penambahbaikan bukan sekadar menumpukan kepada aspek estetika semata. Metodologi penyelidikan ini menggunakan kaedah campuran iaitu penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Data-data kualitatif berkenaan atap singgora berkisar tentang sejarah, proses pembuatan, dan evalusi prototaip. Segala maklumat diperolehi melalui temubual, pemerhatian dan bahan bertulis. Bagi penyelidikan kuantitatif, data-data diperolehi melalui beberapa kaedah uji kaji; MOR, XRF, XRD, SEM dan uji kaji fizikal bahan tanah liat. Untuk uji kaji tekanan lentur, MOR merupakan instrumen utama yang paling banyak digunakan bagi menguji kekuatan tanah liat. Berdasarkan keputusan keseluruhan ujikaji MOR, terbukti fomurla yang menggunakan litium karbonat mencatatkan kekuatan yang paling tinggi berbanding bahan lain. Secara ringkasnya, melalui reka bentuk baru dan menambah kekuatan atap singgora. ia akan terus relevan dalam seni bina Negara pada abab 21.