Kesan Pengajaran Menggunakan Modul Konkrit, Gambar, Abstrak (KGA) Terhadap Pencapaian Dan Pengekalan Pencapaian Murid Tahun Empat SJKC Dalam Pecahan

Dalam mata pelajaran matematik, topik pecahan merupakan salah satu topik yang penting. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penekanan kepada topik pecahan dalam KSSR di mana topik pecahan mula didedahkan kepada murid bermula dari Tahun Satu. Walau bagaimanapun, ramai murid di sekolah rendah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Cheow, Jack Shiung @ Tony
格式: Thesis
語言:English
出版: 2017
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/45364/1/CHEOW%20JACK%20SHIUNG%20%40%20TONY.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Dalam mata pelajaran matematik, topik pecahan merupakan salah satu topik yang penting. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penekanan kepada topik pecahan dalam KSSR di mana topik pecahan mula didedahkan kepada murid bermula dari Tahun Satu. Walau bagaimanapun, ramai murid di sekolah rendah masih menghadapi masalah dalam topik pecahan. Jadi, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan modul konkrit, gambar dan abstrak (KGA) terhadap pencapaian dan pengekalan pencapaian murid Tahun Empat SJKC dalam topik pecahan. Kajian ini juga mengkaji persepsi murid SJKC terhadap pembelajaran pecahan menggunakan modul KGA. Seramai 146 orang murid dari dua buah sekolah SJKC di Kota Kinabalu, Sabah dipilih menyertai kajian ini.