Perlaksanaan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta Di Peringkat Pra-Pembinaan

Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di Malaysia telah dihujani oleh pelbagai kontroversi dan kritikan sejak dari perlaksanaannya. Namun, penyelidikan mendalam terhadap perlaksanaan PFI amat kekurangan. Oleh itu, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan PFI di peringkat pra-pembina...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Khaderi, Shamsida Saidan
格式: Thesis
語言:English
出版: 2011
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/46256/1/SHAMSIDA%20HJ%20SAIDAN%20KHADERI_HJ.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di Malaysia telah dihujani oleh pelbagai kontroversi dan kritikan sejak dari perlaksanaannya. Namun, penyelidikan mendalam terhadap perlaksanaan PFI amat kekurangan. Oleh itu, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan PFI di peringkat pra-pembinaan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut iaitu: untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan PFI Malaysia berbanding dengan negara lain, untuk mengenalpasti isu-isu dan kekangan yang timbul, untuk menentukan ciri-ciri utama dan faktor kejayaan dan akhirnya membangunkan satu rangka kerja bagi meningkatkan perlaksanaan projek PFI. Data kajian didapati dari kaedah kajian temubual semi-struktur ke atas 35 orang pakar dan sembilan kajian kes (di mana setiap tiga kes mewakili PFI Mod 1, PFI Mod 2 dan PFI Mod 3). Penemuan kajian mendapati berbezaan perlaksanaan PFI di Malaysia dengan negara lain adalah berdasarkan kepada tujuan, pembiayaan, pengurusan, pengagihan risiko dan penyelenggaraan. Tujuh isu dan kekangan telah dikenal pasti iaitu: spesifikasi output dan penyataan keperluan yang tidak jelas, ketidak telusan, campurtangan politik, kekaburan garis panduan, pemberian kontrak langsung, kekurangan elemen penyelenggaraan dan kekaburan konsep PFI. Sepuluh faktor kejayaan telah dikenal pasti iaitu: pengagihan risiko yang adil, kerjasama awam swasta, spesifikasi output yang komprehensif, nilai untuk wang, budaya penyelenggaraan, inovasi, pembayaran berdasarkan prestasi, kos keseluruhan memenuhi jangka hayat, ketelusan dan pembiayaan. Struktur rangka kerja bagi meningkatkan perlaksanaan projek PFI di peringkat pra-pembinaan dibangunkan setelah ujian dan pengesahan dijalankan oleh para pengamal industri. Rangka kerja ini dijangka dapat membantu pihak penggiat industri terutamanya pihak kontraktor di dalam membuat keputusan yang baik dalam menjalankan projek PFI.