Kajian Perbandingan Penglibatan Politik Antara Wanita Umno Dengan Muslimat Pas Di Ipoh Perak

Penglibatan wanita dalam parti politik dilihat sebagai satu anjakan kemajuan dalam pencapaian kaum wanita di Malaysia. Malah penglibatan wanita dalam politik juga dilihat semakin meningkat dengan pertambahan ahli-ahli dalam parti politik. Namun, kajian tentang penglibatan wanita dalam dua parti p...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zulkipli, Syaaibah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/57698/1/00001791896%20Syaaibah%20Binti%20Zulkipli24.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penglibatan wanita dalam parti politik dilihat sebagai satu anjakan kemajuan dalam pencapaian kaum wanita di Malaysia. Malah penglibatan wanita dalam politik juga dilihat semakin meningkat dengan pertambahan ahli-ahli dalam parti politik. Namun, kajian tentang penglibatan wanita dalam dua parti politik yang berbeza iaitu UMNO dan PAS tidak diteliti secara mendalam di Ipoh, Perak berbanding penglibatan politik golongan lelaki. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan dan tingkah laku politik Wanita UMNO dan Muslimat PAS di Ipoh seperti struktur, budaya, peribadi dan persekitaran. Justeru, pemilihan teori dan konsep penyertaan politik oleh Ball telah digabungkan dalam satu kerangka konseptual dalam kajian ini bagi membantu pencapaian objektif bagi kajian ini. Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data dilakukan dengan penyelidikan mix method iaitu melalui kaedah kuantitatif dan kualitiatif dengan pengedaran borang soal selidik dan temubual mendalam ke atas responden. Secara keseluruhannya, analisis kajian ke atas penglibatan politik Wanita UMNO dan Muslimat PAS di Ipoh menunjukkan terdapat perbezaan yang tidak ketara antara penglibatan politik Wanita UMNO dan Muslimat PAS. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa, dalam beberapa aktiviti penglibatan politik, Wanita UMNO menunjukkan penglibatan yang aktif berbanding Muslimat PAS.