Stres guru yang mengajar subjek reka bentuk dan teknologi (RBT) di sekolah rendah di Kuantan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres kerja dalam kalangan guru-guru Rekabentuk dan Teknologi sekolah rendah dalam daerah Kuantan, Pahang. Faktor-faktor yang dikaji ialah tingkah laku pelajar, kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan,...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Taha, Norreza
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2014
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/1611/1/24p%20NORREZA%20MOHD%20TAHA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1611/2/NORREZA%20MOHD%20TAHA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1611/3/NORREZA%20MOHD%20TAHA%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres kerja dalam kalangan guru-guru Rekabentuk dan Teknologi sekolah rendah dalam daerah Kuantan, Pahang. Faktor-faktor yang dikaji ialah tingkah laku pelajar, kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan beban tugas. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif yang melibatkan data kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek Rekabentuk dan Teknologi di mana responden adalah seramai 105 orang yang diambil dari keseluruhan populasi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Winsteps versi 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa stres kerja dalam kalangan guru adalah disebabkan oleh faktor tingkah laku pelajar, kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan beban tugas. Dapatan kajian juga mendapati faktor paling dominan menyumbang kepada stres dalam kalangan guru ialah beban tugas. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap stres guru berada pada tahap sederhana bagi semua faktor. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap stres kerja guru di antara jantina bagi faktor kekangan masa dan hubungan interpersonal. Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara jantina bagi faktor tingkah laku pelajar, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan dan beban tugas. Hasil analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap stres kerja di antara guruguru berdasarkan kepada pengalaman mengajar. Hasil kajian ini dicadangkan sebagai satu garis panduan kepada pelaksanaan aspek pengurusan stres supaya guruguru dapat menangani stres seterusnya meningkatkan profesionalisme guru-guru di sekolah.