Model rangka kerja pemuliharaan struktur fabrik bagi bangunan bersejarah

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Arus pembangunan yang pesat ini terdapat bangunan yang penuh dengan kesan sejarah yang menarik. Hasil daripada penyelidikan, didapati bahawa ada di antara bangunan bersejarah ini tidak dipulihara dengan baik malah ada yang telah dir...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Zuraidi, Siti Nor Fatimah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2014
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/1684/1/24p%20SITI%20NOR%20FATIMAH%20ZURAIDI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1684/2/SITI%20NOR%20FATIMAH%20ZURAIDI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1684/3/SITI%20NOR%20FATIMAH%20ZURAIDI%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Arus pembangunan yang pesat ini terdapat bangunan yang penuh dengan kesan sejarah yang menarik. Hasil daripada penyelidikan, didapati bahawa ada di antara bangunan bersejarah ini tidak dipulihara dengan baik malah ada yang telah dirobohkan kerana terdapat banyak kesan kecacatan yang berlaku dan keadaan seumpama ini telah mencacatkan keindahan dan keunikan rupa bentuknya. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan tinjauan tapak. Soal selidik diedarkan kepada 35 responden dan telah dikembalikan sebanyak 34 responden yang terdiri daripada pihak pengurusan, kontraktor, arkitek, juruukur bahan dan perunding. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dengan berpandukan statistik deskriptif dan frekuensi untuk mendapatkan nilai peratusan, min dan kekerapan. Hasil analisis objektif pertama telah mengenal pasti sebanyak 8 jenis kerosakan dan kecacatan yang sering berlaku pada elemen bangunan bersejarah iaitu bumbung, dinding, siling, lantai, pintu, tingkap, tangga dan tiang. Hasil análisis objektif kedua telah menemui sebanyak 13 punca kerosakan dan kecacatan iaitu kelemahan pada rekabentuk, mutu kerja rendah, kualiti bahan yang rendah, kelembapan, kecuaian, projek pembinaan berdekatan kawasan bangunan, serangan serangga perosak, pergerakan dalam tanah, kegagalan pada bahagian sambungan, ketidakstabilan struktur bangunan, ketidakseimbangan bahan binaan pada fasad bangunan, kehadiran garam yang terhasil daripada proses penghabluran dan pengecutan bahan binaan. Hasil daripada analisis, beberapa cadangan telah dirangkakan bagi kerja pemuliharaan struktur fabrik pada bangunan bersejarah untuk dijadikan sebagai rujukan dan garis panduan kepada pihak pengurusan, kontraktor, arkitek, juruukur bahan dan perunding dalam usaha untuk memulihara bangunan bersejarah. Diharapkan kajian ini akan diteruskan oleh penyelidik dalam mengkaji implikasi undang-undang dan garis panduan bagi kerja- kerja pemuliharaan bangunan bersejarah.