Kompetensi guru dalam pengajaran amali teknologi pembinaan di kolej vokasional

Untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan separa mahir, guru merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kompetensi guru dalam pengajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Ali, Syed Jaafar
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1691/1/24p%20SYED%20JAAFAR%20SYED%20ALI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1691/2/SYED%20JAAFAR%20SYED%20ALI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan separa mahir, guru merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kompetensi guru dalam pengajaran amali. Tujuan kajian ini adalah untuk: (i) mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran amali Teknologi Pembinaan di kolej vokasional; (ii) mengenal pasti perbezaan dari pengetahuan berdasarkan jantina dalam proses pengajaran amali Teknologi Pembinaan; dan (iii) mengenalpasti perbezaan dari segi kemahiran berdasarkan pengalaman guru dalam proses pengajaran amali Teknologi Pembinaan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan soal selidik berskala Likert sebagai instrumen. Seramai 60 orang guru yang dipilih secara sampel bertujuan yang merupakan guru yang mengajar amali Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional negeri Pahang. Data-data di analisis menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuan Rasch bagi mendapatkan nilai skor min dan min logit. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran amali Teknologi Pembinaan berada pada tahap yang tinggi. Analisis juga mendapati terdapat perbezaan pengetahuan guru berdasarkan jantina iaitu guru lelaki lebih berpengetahuan dalam pengajaran amali teknologi pembinaan berbanding guru perempuan. Manakala tidak terdapat perbezaan kemahiran guru berdasarkan pengalaman mengajar iaitu guru baru mengajar mempunyai kemahiran amali yang sama dengan guru yang sudah lama mengajar. Pengkaji berharap hasil kajian dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya melibatkan pengajaran amali di bengkel.