Halangan personaliti dalam e-pembelajaran di Jabatan Perdagangan Politeknik Premier: satu kajian kes kualitatif

Kajian ini dijalankan bagi memahami halangan personaliti di dalam E-pembelajaran di politeknik premier di Malaysia. Dua buah politeknik premier di Malaysia iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dijadikan lokasi kajian ini. Personaliti merangku...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abd Rasid, Nor Hafifah
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/2007/1/24p%20NOR%20HAFIFAH%20ABD%20RASID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2007/2/NOR%20HAFIFAH%20ABD%20RASID%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan bagi memahami halangan personaliti di dalam E-pembelajaran di politeknik premier di Malaysia. Dua buah politeknik premier di Malaysia iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dijadikan lokasi kajian ini. Personaliti merangkupi pelbagai aspek iaitu perangai atau tingkahlaku, sikap, minat dan pengalaman. Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh potensinya untuk berkelakuan mengikut cara tertentu. Kajian ini menumpukan aspek personaliti pensyarah-pensyarah di politeknik premier sebagai skop kajian. Sampel kajian ini adalah pensyarah-pensyarah politeknik premier di Jabatan Perdagangan. Metadologi kajian ini adalah satu kajian kes kualitatif dimana kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data adalah melalui kaedah temubual, analisis dokumen, pemerhatian dan nota lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa personaliti pensyarah bukan merupakan penghalang penggunaan e-pembelajaran di politeknik-politeknik premier. Halangan penggunaan e-pembelajaran juga bergantung kepada halagan situasi, halangan teknologi dan halangan institusi itu sendiri. Jadi kajian lanjutan tentang hubungan keempat-empat halangan perlu dilakukan untuk menambahbaik dan memperkemaskan lagi penggunaan e-pembelajaran di institusi pengajian tinggi terutamanya di politeknik.