Penghasilan sistem e-template modul pusat pendidikan berterusan (PPB) KUiTTHO : kajian kebolehgunaan di KUiTTHO

Perkembangan e-learning yang semakin pesat memberi saingan dan cabaran baru kepada setiap institusi pendidikan. Oleh yang demikian, perancangan yang strategik seperti promosi yang berkesan, penyediaan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dan fleksibel amatlah diperlukan untuk memastikan perlaksana...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Samsudin, Intan Shazila
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2003
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/2953/1/INTAN%20SHAZILA%20SAMSUDIN%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2953/2/INTAN%20SHAZILA%20SAMSUDIN%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2953/3/INTAN%20SHAZILA%20SAMSUDIN%20-%20fulltext.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Perkembangan e-learning yang semakin pesat memberi saingan dan cabaran baru kepada setiap institusi pendidikan. Oleh yang demikian, perancangan yang strategik seperti promosi yang berkesan, penyediaan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dan fleksibel amatlah diperlukan untuk memastikan perlaksanaan yang beijaya. Kajian yang berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk membangunkan Sistem e -Template Modul Pusat Pendidikan Berterusan (PPB), KUiTTHO, dan menilainya dari aspek kualitatif dan kuantitatif. Penilaian dilakukan ke atas kebolehgunaan, mesra pengguna dan kesesuaian ciri-ciri sistem tersebut. Sampel kajian beijumlah 30 orang dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Data-data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.0 (SPSS). Analisis data adalah melibatkan skor min dan Korelasi Spearman's rho. Dapatan kajian menunjukkan sistem e-Template Modul amat diperlukan oleh pensyarah KUiTTHO. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa kebolehgunaan dan mesra pengguna berada di tahap tinggi (skor min 3.81 dan 3.93) sementara kesesuaian ciri-ciri berada di tahap sederhana (skor min 3.78). Walau bagaimanapun, keberkesanan sistem adalah pada tahap yang tinggi (skor min 3.84). Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman pensyarah dan persepsi kebolehgunaan sistem. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa sistem boleh digunakan oleh semua lapisan pengguna tanpa memerlukan pengalaman dalam pembangunan modul. Pada masa hadapan, diharapkan kajian lebih menyeluruh dapat dilakukan terutamanya dari aspek rekabentuk dan ciri-ciri e- Template Modul yang lebih baik bagi mengatasi kelemahan sistem yang telah dibangunkan.