Prediction of punching life span for phosphor bronze stamping operation

Meramal hayat mata alat punch adalah kritikal untuk produk kerana ianya akan menyebabkan kualiti produk menjadi kurang baik, merendahkan kadar pengeluaran dan membazir masa bagi proses penajaman. Mata alat perlu diasah selepas digunakan beberapa kali kerana dimensinya akan merosot dan ini me...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hashim, Mohd Fadzil Muin
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2007
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/7350/1/24p%20MOHD%20FADZIL%20MUIN%20HASHIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7350/2/MOHD%20FADZIL%20MUIN%20HASHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7350/3/MOHD%20FADZIL%20MUIN%20HASHIM%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Meramal hayat mata alat punch adalah kritikal untuk produk kerana ianya akan menyebabkan kualiti produk menjadi kurang baik, merendahkan kadar pengeluaran dan membazir masa bagi proses penajaman. Mata alat perlu diasah selepas digunakan beberapa kali kerana dimensinya akan merosot dan ini menyebabkan ketidak tepatan yang akan menyebabkan dimensi produk tidak mengikut yang ditentukan. Salah satu kaedah yang digunakan bagi penentuan masa penajaman mata alat ialah melalui anggaran kasar mengunakan unit kshots. Selalunya anggaran ini tidak tepat dan ianya menyebabkan proses penajaman dan proses mencetak yang tidak ekonomi. Kajian ini dilakukan untuk mengatasi kelemahan ini. Mata alat yang digunakan dalam kajian ini adalah dari jenis Cementite Tungsten Carbide dan bahan keIja yang digunakan ialah Phosphor Bronze Strip. DaIjah kekerasan relatifbahan adalah lebih kurang 6.3. Proses pencetakan yang digunakan ialah proses pencetakan progresif dan ianya dijalankan di sebuah kilang elektronik yang termuka. Untuk kadar kshots yang tertentu, profil kehausan mata alat diukur dan ketidak tepatan dimensi produk dikaji. Peningkatan burr pad a produk juga dikaji pad a setiap 4000 unit produk. Hayat mata alat adalah ditentukan apabila produk yang dihasilkan rosak. Semasa ini, mata alat akan membulat, kehausan dapat dikenalpasti dan kerekahan pada hujung mata alat dilihat. Dapatan dari kajian ini ialah hubungan kadar kehausan berkadar terns kepada kshots dan ini memudahkan algorithma bagi penentuan hayat mata alat dibuat. Model simulasi dicipta dengan mengunakan 'Constraint Cubic Spline algorithm', pengkaji telah dapat meramal keturnpulan dan kehausan mata alat dengan lebih tepat. Walau bagaimanapun bentuk dan bahan mata alat serta kekerasan relatif akan mempengaruhi algorithma ini. Kajian ini menjimatkan kos proses pencetakan melalui mengurangkan ketidak tepatan ramalan kehausan dan hayat mata alat yang seternsnya mengurangkan kerosakan produk, mengurangkan burr dan membolehkan penajaman dibuat dengan lebih tepat. Secara keseluruhan, algorithma yang didapati dapat menambah baik kecekapan dan menambah produktiviti.