Model strategi pengajaran matematik berkonsepkan integrasi pedagogi eksplorasi (IPE) di Kolej Vokasional Malaysia

Strategi pengajaran merupakan salah satu teknik dan pedagogi dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen-elemen yang diperlukan dalam pembentukan Model Strategi Pengajaran Matematik berkonsepkan Integrasi Pedagogi Eksplorasi (IPE) bag...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Jopri, Hairunissa
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2022
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8420/1/24p%20HAIRUNISSA%20JOPRI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8420/2/HAIRUNISSA%20JOPRI%20COPYRGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8420/3/HAIRUNISSA%20JOPRI%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Strategi pengajaran merupakan salah satu teknik dan pedagogi dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen-elemen yang diperlukan dalam pembentukan Model Strategi Pengajaran Matematik berkonsepkan Integrasi Pedagogi Eksplorasi (IPE) bagi pelajar vokasional di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitaif yang terbahagi kepada dua kajian iaitu kajian modified Delphi dan kajian tinjauan. Bagi fasa kualitatif pengkaji melibatkan kajian Delphi terubah suai pada pusingan pertama. Kajian literatur, analisis dokumen dan temubual dijalankan dalam fasa pertama kajian modified Delphi. Kajian dijalankan ke atas 6 orang pakar bagi tujuan temubual. Dapatan menunjukkan terdapat lima elemen yang diperlukan dalam pembinaan model strategi pengajaran guru ini. Seterusnya, pengkaji mengedarkan soal selidik yang telah diperolehi dalam pusingan pertama kajian Delphi terubah suai ke pusingan kedua bagi mendapatkan persetujuan pakar. Seramai 11 orang pakar dipilih bagi memenuhi pusingan kedua. Dapatan pusingan kedua mendapati terdapat lima elemen dan 67 tema yang wujud. Kemudian, persetujuan pada pusingan ketiga di analisis dan didapati bahawa masih terdapat 5 elemen dan 100 tema yang dihasilkan. Dapatan pada pusingan ketiga ini digunakan untuk membina soal selidik bagi kajian tinjauan. Seramai 238 orang guru Matematik di kolej vokasional terlibat dalam menjawab soal selidik ini. Soal selidik seterusnya dianalisis dengan menggunakan Smart-PLS. Dapatan menunjukkan kesemua lima elemen strategi pengajaran guru iaitu pengajaran berpusatkan pelajar, pengajaran secara praktikal, pengajaran berunsurkan model, pengajaran berasaskan outcome dan pengajaran berasaskan teknologi adalah elemen penting dalam model strategi pengajaran Matematik berkonsepkan Integrasi Pedagogi Eksplorasi (IPE). Akhirnya, satu model strategi pengajaran Matematik berkonsepkan Integrasi Pedagogi Eksplorasi dihasilkan.