Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Projek Sarjana yang bertajuk "Keberkesanan Program Latihan Industri di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn adalah untuk menguji tahap keberkesanan latihan industri dari persepsi pelajar yang telah menjalani latihan industri. Responden...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English English English |
出版: |
2002
|
主題: | |
在線閱讀: | http://eprints.uthm.edu.my/8642/1/24p%20BIBIE%20SARA%20SALLEH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8642/2/BIBIE%20SARA%20SALLEH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8642/3/BIBIE%20SARA%20SALLEH%20WATERMARK.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Projek Sarjana yang bertajuk "Keberkesanan Program Latihan Industri di
Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn adalah untuk menguji tahap keberkesanan latihan industri dari
persepsi pelajar yang telah menjalani latihan industri. Responden terdiri daripada
60 orang iaitu 21 orang pelajar Kejuruteraan Awam, 20 pelajar Kejuruteraan
Elektrik dan 19 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ke atas tahap
keberkesanan latihan industri adalah dilihat dari 3 persoalan kajian yang pertama
iaitu, 1- sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh pihak KUiTTHO dalam
menentukan kesesuaian program latihan industri, 2- apakah tahap kesediaan
pelajar KUiTTHO dalam menjalani latihan industri dan 3-sejauhmanakah
sokongan yang diberikan oleh pihak organisasi terhadap program latihan industri.
Data-data dianalisis daripada soal-selidik ke dalam bentuk min dan peratusan.
Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan program latihan industri di
kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO adalah tinggi
merujuk kepada tahap kesediaan pelajar dalam menjalani latihan dan sokongan
organisasi tempat latihan terhadap program latihan industri. Tetapi tahap
keberkesanan yang merujuk kepada peranan pihak KUiTTHO dalam menentukan
kesesuaian latihan industri adalah di tahap sederhana. |
---|