Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Projek Sarjana yang bertajuk "Keberkesanan Program Latihan Industri di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn adalah untuk menguji tahap keberkesanan latihan industri dari persepsi pelajar yang telah menjalani latihan industri. Responden...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Salleh, Bibie Sara
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/8642/1/24p%20BIBIE%20SARA%20SALLEH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8642/2/BIBIE%20SARA%20SALLEH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8642/3/BIBIE%20SARA%20SALLEH%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Projek Sarjana yang bertajuk "Keberkesanan Program Latihan Industri di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn adalah untuk menguji tahap keberkesanan latihan industri dari persepsi pelajar yang telah menjalani latihan industri. Responden terdiri daripada 60 orang iaitu 21 orang pelajar Kejuruteraan Awam, 20 pelajar Kejuruteraan Elektrik dan 19 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ke atas tahap keberkesanan latihan industri adalah dilihat dari 3 persoalan kajian yang pertama iaitu, 1- sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh pihak KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian program latihan industri, 2- apakah tahap kesediaan pelajar KUiTTHO dalam menjalani latihan industri dan 3-sejauhmanakah sokongan yang diberikan oleh pihak organisasi terhadap program latihan industri. Data-data dianalisis daripada soal-selidik ke dalam bentuk min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO adalah tinggi merujuk kepada tahap kesediaan pelajar dalam menjalani latihan dan sokongan organisasi tempat latihan terhadap program latihan industri. Tetapi tahap keberkesanan yang merujuk kepada peranan pihak KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian latihan industri adalah di tahap sederhana.