Kualiti pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Kajian ini berjudul "Kualiti Pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)" telah dijalankan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Tujuan utama kajian i...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ishak, Izlin Zuriani
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2002
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/9119/1/24p%20IZLIN%20ZURIANI%20ISHAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9119/2/IZLIN%20ZURIANI%20ISHAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9119/3/IZLIN%20ZURIANI%20ISHAK%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini berjudul "Kualiti Pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)" telah dijalankan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Tujuan utama kajian ini ialah untuk menilai tahap kualiti pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO daripada aspek empat indicator kualiti pensyarah iaitu, sikap, penguasaan ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran dan profesionalisme. Pengkaji juga meninjau hubungan diantara empat indikator kualiti Pensyarah. Sampel telah dipilih secara rawak yang melibatkan pensyarah Politeknik yang bukan daripada Program Sarjana Pendidikan KUiTTHO. Sebanyak 60 orang responden telah dipilih dari PSA dan POLIMAS. Data-data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Data diproses menggunakan perisian "Statistic Package for the Social Science version J 0.0 (SPSS v J 0.0) for Windows." Hasil dari dapatan kajian ini, di dapati bahawa tahap kualiti pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO adalah di tahap sederhana. Begitu juga dengan kualiti sikap, profesionalisme, penguasaan ilmu pegetahuan dan kemahiran dipersepsikan di tahap sederhana. Empat indicator kualiti pensyarah di dapati mempunyai hubungan yang tinggi di antara indicator-indikator tersebut. Ujian t juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara persepsi stafPSA dan POLIMAS terhadap kualiti pensyarah. Akhir sekali, pengkaji membangunkan satu prototaip, iaitu perisian Ujian Kualiti Kendiri hasil daripada maklumbalas dapatan kajian sebagai satu cadangan produk kepada KUiTTHO.