Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar: Satu tinjauan di KUITTHO

Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. ABBM dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Berdasarkan pe...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Abu Hassan, Norzainariah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2004
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/9179/1/24p%20NORZAINARIAH%20ABU%20HASSAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9179/2/NORZAINARIAH%20ABU%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9179/3/NORZAINARIAH%20ABU%20HASSAN%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. ABBM dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Berdasarkan penyataan ini, satu kajian dibuat bagi meninjau kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pencapaian dan motivasi pelajar apabila kit pengajaran dan pembelajaran digunakan serta mengenalpasti kebolehgunaan kit ini. Dengan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk 'Quasi Experimental Design' (PreTest - PostTest Control Group Design), seramai 60 responden yang terdiri daripada pelajar Saijana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn telah dibentuk kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan percubaan. Kumpulan kawalan mengalami proses pembelajaran menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan dirawat menggunakan kit pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian membuktikan bahawa prestasi pelajar meningkat apabila kit pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.