Penghasilan modul pembelajaran berkomputer (MPB) "air bekalan: proses pembersihan air" bagi Pelajar Kejuruteraan Awam di KUiTTHO

Kajian ini dibuat adalah untuk menghasilkan Modul Pembelajaran Berkomputer (MPB) 'Air Bekalan: Proses Pembersihan Air' bagi pelajar Kejuruteraan Awam di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. MPB ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Power PomtXP dan fokus utama kaj...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohamad, Hazilah
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2004
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9566/1/24p%20HAZILAH%20MOHAMAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9566/2/HAZILAH%20MOHAMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9566/3/HAZILAH%20MOHAMAD%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dibuat adalah untuk menghasilkan Modul Pembelajaran Berkomputer (MPB) 'Air Bekalan: Proses Pembersihan Air' bagi pelajar Kejuruteraan Awam di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. MPB ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Power PomtXP dan fokus utama kajian ini merangkumi tiga persoalan kajian yang dinyatakan iaitu penerimaan pelajar terhadap MPB yang dihasilkan, kesesuaian isi kandungan MPB dan kesesuaian interaktif MPB dapat membantu meningkatkan minat pelajar. Seramai 40 orang pelajar yang mengambil subjek Teknologi Persekitaran dipilih menjadi responden untuk mendapatkan maklum balas terhadap kajian ini. Maklum balas melalui soal selidik pelajar telah dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2000 dan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0. Hasil kajian mendapati bahawa maklum balas adalah positif terhadap faktor-faktor yang telah dikaji. Ini berkemungkinan gabungan modul dan video mengenai proses pembersihan air yang disertakan di dalam cakera padat (CD) dapat diterima oleh pelajar. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, skor min bagi penerimaan pelajar terhadap MPB adalah 3.94, skor min bagi kesesuaian isi kandungan MPB adalah 3.96 dan kesesuaian interaktif MPB dalam meningkatkan minat pelajar adalah 3.93. Ketiga-tiga item yang dinyatakan berada pada skor min tahap tinggi. Beberapa cadangan juga turut dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan MPB melalui pembangunan perisian yang lebih mantap di masa hadapan