Hubungan ciri-ciri keusahawanan, penglibatan ahli, prinsip koperasi dan prestasi pentadbir koperasi di Banyumas, Indonesia

Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan, penglibatan ahli koperasi,

prinsip-prinsip koperasi, dan prestasi pentadbir koperasi di Daerah Banyumas,

Indonesia. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2023

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10206 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan, penglibatan ahli koperasi,

prinsip-prinsip koperasi, dan prestasi pentadbir koperasi di Daerah Banyumas,

Indonesia. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan-hubungan antara ciri-ciri

keusahawanan, penglibatan ahli koperasi, prinsip-prinsip koperasi dengan prestasi

pentadbir koperasi di Daerah Banyumas, Indonesia. Kajian ini menfokuskan kepada isu

berkaitan faktor-faktor penghalang pertumbuhan koperasi antaranya ialah tahap

keusahawanan pentadbir koperasi yang masih rendah, program perniagaan yang tidak

bersesuaian, dan pengaruh pelaksanaan kurang baik prinsip terhadap tahap prestasi

koperasi. Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Pemilihan

subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan dan melibatkan 186 orang

responden yang terdiri daripada pentadbir koperasi Daerah Banyumas. Data dianalisis

menggunakan analisis deskriptif, ujian andaian klasik, ujian-t dan ujian korelasi

Pearson yang menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah kajian.

Hasil kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri keusahawanan, penglibatan ahli koperasi,

prinsip-prinsip koperasi, dan prestasi pentadbir koperasi Daerah Banyumas di Jawa

Tengah mempunyai tahap tinggi dan sangat tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan

antara ciri-ciri keusahawanan dengan prestasi pentadbir koperasi. Dapatan kajian turut

mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ahli koperasi dengan

prestasi pentadbir koperasi, serta wujudnya hubungan yang signifikan antara prinsipprinsip

koperasi dengan prestasi pentadbir koperasi. Selain itu, berdasarkan dapatan,,

ciri- ciri keusahawanan, penglibatan ahli koperasi, dan prinsip-prinsip koperasi

mempunyai pengaruh secara bersama terhadap prestasi pentadbir koperasi Daerah

Banyumas di Jawa Tengah. Implikasi dalam kajian menunjukkan ciri-ciri

keusahawanan, penglibatan ahli koperasi, dan prinsip-prinsip koperasi dapat

meningkatkan prestasi pentadbir koperasi Daerah Banyumas di Jawa Tengah.