Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang

<p>Keusahawanan kini menjadi satu wadah yang penting dalam membangunkan modal insan di negara ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Lima dimensi kecenderungan keusaha...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Rosli Khalid
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2013
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10403
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Keusahawanan kini menjadi satu wadah yang penting dalam membangunkan modal insan di negara ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Lima dimensi kecenderungan keusahawanan telah dipilih iaitu Motivasi, Kreativiti dan Inovasi, Keyakinan Diri, Lokus Kawalan Dalaman dan Kesediaan Menghadapi Risiko. Seramai 113 responden yang terdiri daripada guruguru koperasi terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada guru-guru koperasi yang berkenaan. Sebanyak 150 set borang soalselidik diedarkan dan 75% atau 113 responden memberikan maklumbalas. Data-data yang diperoleh daripada kaji selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Cronbach Alpha dan nilai yang diperolehi ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecenderungan keusahawanan guru-guru koperasi di daerah Klang berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.85. Daripada lima dimensi kecenderungan yang diukur, dimensi Kreativiti dan Inovatif mencatatkan skor min yang paling tinggi diikuti dengan Kesanggupan menghadapi risiko, Motivasi dan Keyakinan diri. Lokus kawalan dalaman mencatatkan skor min yang paling rendah. Sebagai cadangan, usaha-usaha perlu diterokai bagi mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan pemimpinpemimpin koperasi di sekolah. Tumpuan boleh diberikan dari sudut meningkatkan Lokus kawalan dalaman dan Keyakinan diri oleh pihak yang melatih guru terutamanya yang memilih opsyen bidang keusahawanan.</p>