Kesan antara latihan daya tahan berintensiti tinggi berkala dengan beban tambahan dan tanpa beban tambahan terhadap kuasa, daya tahan otot dan kelajuan

High Intensity Interval Training (HIIT) merupakan salah satu kaedah latihan yang

dilakukan dalam tempoh waktu yang singkat serta waktu latihan berselang dengan

waktu rehat. Antara kaedah latihan yang dijalankan dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fatin Syahirah Ahsram Shah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10596
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
High Intensity Interval Training (HIIT) merupakan salah satu kaedah latihan yang

dilakukan dalam tempoh waktu yang singkat serta waktu latihan berselang dengan

waktu rehat. Antara kaedah latihan yang dijalankan dalam kajian ini ialah HIIT tanpa

beban tambahan dan HIIT dengan beban tambahan. Objektif kajian ini adalah untuk

mengenalpasti kesan antara kumpulan HIIT tanpa beban tambahan dan kumpulan

HIIT dengan beban tambahan terhadap kuasa, daya tahan otot dan kelajuan serta

mengenalpasti hubungan di antara HIIT tanpa beban tambahan dan HIIT dengan

beban tambahan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen secara

kaedah pindah silang. Seramai 20 sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan

iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A melakukan latihan HIIT tanpa beban

tambahan minggu pertama, rehat satu minggu dan latihan HIIT dengan beban

tambahan pada minggu ketiga, manakala kumpulan B melakukan latihan HIIT dengan

beban tambahan pada minggu pertama, rehat satu minggu dan latihan HIIT tanpa

beban tambahan pada minggu ketiga. Kedua-dua kumpulan perlu menjalani ujian pra

dan ujian pasca pada minggu pertama dan minggu ketiga. Hasil kajian mendapati

tiada kesan signifikan intervensi kedua-dua latihan terhadap kuasa (M 0.025 0.507),

daya tahan otot (M 0.100 0.552) dan kelajuan (M -0.015 0.14) iaitu p < 0.05.

Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan korelasi negatif yang kecil

dalam ujian pra kuasa r = -0.069 manakala hubungan korelasi positif yang kecil dalam

ujian pasca kuasa r = 0.068. Manakala dalam ujian pra dan pasca daya tahan otot

mempunyai hubungan korelasi negatif yang kecil r = -0.014 dan r = -0.045 dan ujian

pra dan ujian pasca kelajuan mempunyai hubungan korelasi positif yang kecil iaitu r =

0.108 dan r = 0.201. Oleh yang demikian dapat dirumuskan, walaupun terdapat

perbezaan dalam kaedah latihan HIIT yang diberikan ianya tetap tidak memberi kesan

terhadap kuasa, daya tahan otot dan kelajuan.