Kekangan pengurusan sekolah kurang murid sekolah jenis kebangsaan Cina di negeri Perak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kekangan pengurusan sekolah kurang murid di sekolah Jenis

Kebangsaan Cina di Negeri Perak. Kajian ini adalah bertumpu kepada kekangan fizikal, tanggungjawab,

emosi dan psikolo...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Lier Giew Leong
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2007
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11576
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kekangan pengurusan sekolah kurang murid di sekolah Jenis

Kebangsaan Cina di Negeri Perak. Kajian ini adalah bertumpu kepada kekangan fizikal, tanggungjawab,

emosi dan psikologi ke atas pengurusan sekolah kurang murid.

Seramai 65 orang Guru Besar daripada 74 buah sekolah kurang murid SJK(C) di Negeri Perak. telah

memberi respon terhadap kajian ini. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan satu set soal

selidik yang mengandungi 54 item.yang dibahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian A mempunyai 14

item mengenai maklumat sekolah, bahagian B mempunyai 6 item mengenai maklumat fizikal sekolah,

bahagian C mempunyai 12 item mengenai maklumat kekangan tanggungjawab, dan bahagian D

mempunyai 22 item yang mengukur keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian responden.

Hasil dapatan kajian ialah pengurus-pengurus SKM SJK(C) di Negeri Perak menghadapi kekangan fizikal

dan tanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka. Manakala kekangan emosi dan psikologi yang

dihadapi oleh pengurus pengurus SKM SJK(C) di Negeri Perak adalah pada kadar rendah sahaja.

Pihak kerajaan harus mempergiatkan aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar untuk

menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk penduduk penduduk luar bandar demi mengekalkan

mereka terus bermastautin di kawasan berkenaan. Kementerian Pendidikan Malaysia harus membenarkan

SKM SJK(C) berpindah ke bandar-bandar besar demi mengelakkan SKM SJK(C) ditutup.

Kekangaan fizikal SKM SJK(C) dapat diatasi dengan pihak Lembaga Pengurus sekolah menyerah hak

kepunyaan sekolah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atau pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia membubarkan polisi pengkategorian sekolah kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan

Sekolah Bantuan Modal.

Dari segi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di SKM, kelas bercantum atau multigrade teaching

harus diberhentikan dan norma perjawatan harus dirombak agar dapat memperbaiki taraf pencapaian

akademik.

Penyelidik mencadangkan bahawa kajian-kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan adalah baik

sampel saiz dibesarkan ke semua SKM SJK(C) di seluruh negara. Kajian-kajian juga boleh dilakukan

ke atas SKM Sekolah Kebangsaan, termasuk sekolah Orang Asli dan SJK(T) untuk membuat kajian

perbandingan sama ada kekangan yang dihadapi adalah sama atau tidak di SJK(C).