Tahap kefahaman membaca antara murid pasca linus dan murid arus perdana (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS dan murid arus perdana di sekolah rendah. Metodologi kajian menggunakan kaedah campuran yang melibatkan kaedah kualitatif berdasarkan analisis transkrip responden serta kaedah kuantitatif berdasarkan kekerapan dan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1452
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS dan murid arus perdana di sekolah rendah. Metodologi kajian menggunakan kaedah campuran yang melibatkan kaedah kualitatif berdasarkan analisis transkrip responden serta kaedah kuantitatif berdasarkan kekerapan dan peratus keputusan ujian saringan responden. Dapatan kuantitatif menunjukkan kebanyakan tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS adalah pada tahap yang rendah dan hanya segelintir murid berada pada tahap kefahaman literal. Tahap kefahaman membaca murid arus perdana pula berada pada tahap sederhana dengan sebahagian mereka menguasai tahap kefahaman literal dan segelintir menguasai tahap kefahaman taakulan. Dapatan kualitatif pula menunjukkan kualiti kefahaman murid pasca LINUS berada pada tahap yang paling rendah kerana mereka tidak memahami petikan yang dibaca, tidak mampu mengingat semula watak dan plot dalam petikan. Murid arus perdana pula hanya mencapai tahap kefahaman asas; tahap literal yang mana murid ini hanya mampu mengingat semula watak dan plot tetapi tidak mampu membuat penilaian, penghayatan dan andaian secara kritis dan kreatif terhadap petikan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS dan murid arus perdana di sekolah rendah masih pada tahap yang rendah meskipun mereka mampu mengenali dan membunyikan perkataan atau ayat. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru LINUS bukan sahaja perlu mengajar murid agar mereka dapat mengenali dan membunyikan perkataan atau ayat malah perlu mengajar murid berkaitan kefahaman bacaan supaya mereka dapat memahami apa yang dibaca.