Stres guru disiplin di daerah Perak Tengah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap stres dalam kalangan guru disiplin dengan mengenal pasti perbezaan tahap stres daripada aspek jantina dan mengikut simptom-simptom stres serta mengenal pasti hubungan tahap stres guru disiplin dalam kalangan guru disiplin di daerah Perak Tengah. Kajian ini...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamad Asri Khalid
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1621
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap stres dalam kalangan guru disiplin dengan mengenal pasti perbezaan tahap stres daripada aspek jantina dan mengikut simptom-simptom stres serta mengenal pasti hubungan tahap stres guru disiplin dalam kalangan guru disiplin di daerah Perak Tengah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Soal selidik yang digunakan berdasarkan soal selidik Teacher Stress Inventory yang mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian A (maklumat demografi responden), bahagian B (soal selidik faktor stres guru) dan bahagian C (simptom-simptom stres guru). Darjah kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi instrumen yang digunakan ialah 0.930. Seramai 140 orang guru disiplin dari 11 buah sekolah menengah harian telah dipilih secara persampelan berstrata sebagai responden bagi kajian ini. Data diproses melibatkan statistik deskriptif, iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi, iaitu ujian-T dan ujian perkaitan Pekali Korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap stres guru disiplin di daerah Perak Tengah secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min = 2.92 dan sisihan piawai = 0.63. Kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara tahap stres guru disiplin perempuan dengan guru disiplin lelaki dengan (t = - 0.879, p >0.05). Dapatan analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaaan yang signifikan antara tahap stres guru disiplin dengan simptom fisiologi dengan F=3.503, p>0.05 dan simptom psikologi dengan F=2.930, p>0.05. Walau bagaimanapun, kajian ke atas simptom tingkah laku menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap stres dengan simptom tingkah laku dengan F=4.379, p