Penilaian kepemimpinan pentadbiran Tun Abdul Razak 1969-1970 terhadap pemulihan keamanan negara (IR)
Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi dan peranan Tun Abdul Razak dalam menangani rusuhan dan pembinaan perpaduan antara kaum. Kaedah kajian yang dilakukan adalah bersifat kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat yang diperolehi diambil daripada sumber berbe...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2015
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1688 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi dan peranan Tun Abdul Razak dalam menangani rusuhan dan pembinaan perpaduan antara kaum. Kaedah kajian yang dilakukan adalah bersifat kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat yang diperolehi diambil daripada sumber berbentuk primer dan sekunder. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tun Abdul Razak menggunakan pendekatan bijak menerusi strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang dalam proses pemulihan keamanan dan perpaduan antara kaum. Di samping menggunakan beberapa strategi bagi mengendalikan rusuhan, Tun Abdul Razak juga bertindak menubuhkan kementerian, jabatan dan majlis dalam perkhidmatan awam serta membentuk dasar awam dan rancangan Malaysia yang berfungsi untuk memupuk perpaduan dan mengstruktur semula ekonomi antara kaum. Tun Abdul Razak berjaya membawa keamanan dan perpaduan antara kaum di negara ini menerusi strategi dan peranan yang digunakan dalam pentadbiran beliau. Kejayaan dan perubahan positif yang dibawa oleh Tun Abdul Razak dapat dilihat dari aspek sosial, ekonomi, politik,pertahanan serta keselamatan negara. |
---|