Pembangunan modul pengurusan mikroskop bagi pembantu makmal sekolah menengah di daerah Kinta (IR)

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah Modul Pengurusan Mikroskop untuk pembantu makmal sekolah menengah. Pembangunan modul ini adalah berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek dengan menggunakan kaedah gabungan deskriptif dan kualitatif. Penilaian terhadap kesahan dilakukan oleh pakar dalam bidang...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Roslaili Khalid
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1694
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah Modul Pengurusan Mikroskop untuk pembantu makmal sekolah menengah. Pembangunan modul ini adalah berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek dengan menggunakan kaedah gabungan deskriptif dan kualitatif. Penilaian terhadap kesahan dilakukan oleh pakar dalam bidang Biologi, manakala kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul dinilai berdasarkan kepada maklumat kefahaman pembantu makmal terhadap modul. Empat orang pakar terlibat dalam pengukuran kesahan kandungan, manakala kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul dinilai daripada 105 orang pembantu makmal. Hasil kajian mendapati Modul Pengurusan Mikroskop yang dibangun mempunyai kesahan kandungan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan semua pembantu makmal sekolah menengah mudah memahami dan menggunakan Modul Pengurusan Mikroskop dengan berkesan. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa Modul Pengurusan Mikroskop yang dibangun berasaskan Model Pembinaan Modul Sidek mempunyai kesahan yang baik, kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan oleh pembantu makmal sekolah menengah. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan praktikal pembantu makmal.