Perkaitan antara orientasi matlamat dan strategi menangani stres pelajar atlet (IR)

Kajian ini bertujuan menentukan tahap pemilihan orientasi matlamat dalam kalangan pelajar atlet sekolah menengah lelaki dan perempuan. Selain itu, kajian ini juga melihat strategi-strategi yang sangat kerap digunakan bagi menangani stres. Akhir sekali, kajian ini menjelaskan perkaitan di antara orie...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Shukiman Sukardi
格式: thesis
語言:zsm
出版: 1995
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2633
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menentukan tahap pemilihan orientasi matlamat dalam kalangan pelajar atlet sekolah menengah lelaki dan perempuan. Selain itu, kajian ini juga melihat strategi-strategi yang sangat kerap digunakan bagi menangani stres. Akhir sekali, kajian ini menjelaskan perkaitan di antara orientasi matlamat dengan strategi menangani stres dalam kalangan pelajar atlet.Responden seramai 348 orang telah di pilih dalam kalangan pelajar atlet lelaki dan perempuan daripada 8 buah sekolah menengah di Daerah Papar, Sabah. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik Task Ego Orientation Sport Questionaire (TEOSQ) dan Cockburn Questionaire (eQ). Hasil dapatan menunjukkan orientasi matlamat pelajar atlet lelaki dan perempuan lebih kepada orientasi tugasan ( M=3.96, SD=0.72) berbanding orientasi ego (M=3.l7, SD=0.81). Manakala daripada 45 soalan strategi menangani stres didapati 20% responden mengatakan item yang diberikan tidak berkaitan atau mengetahui strategi tersebut. Diikuti pula 11% bagi item yang tidak pemah terfikir untuk dilakukan dan 69% mengatakan item yang dikemukakan adalah item yang telah terfikir. lni menunjukkan pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada untuk menangani stres. Dari segi perkaitan antara orientasi matlamat dengan strategi menangani stres menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara corak orientasi matlamat dengan 10 strategi menangani stres pelajar atlet sekolah menengah (r=0.101 n=348, p=O.03, p