Analisis terhadap terjemahan kamusi & pengaruh bahasa sumber dalam Surah Al-Baqarah dalam Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (IR)

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji terjemahan Surah Al-Baqarah dalam Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QM) khususnya mengenai padanan unit-unit ayat Kalamullah, termasuk partikel, kata nama, kata kerja, dan pengistililahan Al-Quran (PQ). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaed...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ahmad@Ahmad Asri Lubis
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2676
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penyelidikan ini bertujuan mengkaji terjemahan Surah Al-Baqarah dalam Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QM) khususnya mengenai padanan unit-unit ayat Kalamullah, termasuk partikel, kata nama, kata kerja, dan pengistililahan Al-Quran (PQ). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah analisis dokumen yang menggunakan kaedah yang diberi nama Panduan Kaedah Terjemahan Arab Melayu (PaKTAM). Kaedah ini diolah dan dirumuskan secara khasnya daripada pelbagai karya terjemahan ilmuwan Nusantara yang bergiat dalam lapangan terjemahan Arab-Melayu. PaKTAM juga memanfaatkan gagasan para ilmuwan terjemahan lain yang bergiat dalam bidang terjemahan secara amnya, termasuk ilmuwan Nusantra itu sendiri. Kajian kepustakaan juga digunakan dalam meneliti karya terjemahan QM di samping menggunakan pendekatan analisis dan perbandingan. Kajian ini mendapati bahawa QM dalam memberi padanan unit-unit ayat Kalamullah, sangat ketara pengaruhnya dengan terjemahan kamusi dan kenahuan, budaya dan struktur bahasa sumber (BSu). Fenomena ini meghasilkan terjemahan yang tidak sesuai dengan lumrah bahasa sasaran (BSa), dan kurang menepati roh BSu. Perkara ini menyebabkan karya QM sarat dengan tambahan tafsiri, malah pada kebanyakannya padanan QM didapati agak lewah. Hal ini berlaku kerana terikut dengan pelbagai karya terdahulu yang dijadikan rujukan utama. Kajian ini juga mendapati bahawa dalam penterjemahan ini perlu diterapkan gagasan para penteori terjemahan bagi menghasilkan terjemahan murni yang tidak bersifat jumud. Implikasi utama kajian ini adalah dapatan yang menunjukkann keberkesanan kaedah PaKTAM yang juga merupakan sumbangan utama kajian ini terhadap korpus ilmu dalam bidang ilmu terjemahan Al-Quran.