Bentuk pendidikan secara nonformal dan informal yang berlaku ke atas peranan kurator dan kuratorial BSVN (IR)

Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti serta menganalisis peranan kurator dan kuratorial di Balai Seni Visual Negara (BSVN). Berasaskan sudut pandangan pendidikan, penyelidikan ini juga bertujuan menjelaskan bentuk pendidikan secara nonformal dan informal yang berlaku ke atas peranan kurator dan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Erry Arham Azmi
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2678
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti serta menganalisis peranan kurator dan kuratorial di Balai Seni Visual Negara (BSVN). Berasaskan sudut pandangan pendidikan, penyelidikan ini juga bertujuan menjelaskan bentuk pendidikan secara nonformal dan informal yang berlaku ke atas peranan kurator dan kuratorial Balai Seni Visual Negara (BSVN). Bakat Muda Sezaman (BMS) tahun 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2010 dijadikan kajian kes untuk memahami perkembangan peranan kurator dan kuratorial di BSVN. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif, dengan pengumpulan data dari temu bual, pemerhatian, sumber dokumen dan rakaman gambar. Penyelidikan ini menggunakan Model Interaktif yang diperkenalkan oleh Miles dan Huberman untuk kaedah analisis data kajian. Hasil analisa mendapati kurator di BSVN telah menjalankan kerja kuratorialnya mengikut bahagian dan arahan, tetapi peranan kurator adakalanya bertindan dan membebankan. Bentuk pendidikan yang berlaku pula lebih bersifat umum. Sementara peranan kurator dan kuratorial dalam BMS tidak banyak berIaku perubahan dalam corak kerjanya. Penyelidik telah mencadangkan beberapa cadangan bagi menambahbaik peranan kurator dan kuratorial di BSVN, kaedah pendidikan nonformal secara lebih khusus, dan peranan kurator dan kuratorial dalam BMS yang harus dijalankan.