Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia (IR)

Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi terkemuka mendorong pihak pengurusan universiti menambah baik sistem pengukuran pre stasi yang digunakan bagi keperluan memenuhi tuntutan pemegang taruh yang pelbagai. Sistem pengukuran prestasi daripada organisasi perniagaan diadaptasi seb...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Sharul Effendy Janudin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2700
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi terkemuka mendorong pihak pengurusan universiti menambah baik sistem pengukuran pre stasi yang digunakan bagi keperluan memenuhi tuntutan pemegang taruh yang pelbagai. Sistem pengukuran prestasi daripada organisasi perniagaan diadaptasi sebagai alat pengurusan universiti dengan mengambil kira kecemerlangan universiti bergantung kepada prestasi kerja pensyarah. Kekurangan kajian yang mengukur kesan sistem pengukuran pre stasi terhadap prestasi kerja di peringkat individu menjadi fokus utama kajian ini. Lima hipotesis diuji dalam kajian ini dibina berdasarkan Model Prestasi Kerja yang menekankan interaksi antara peluang, kapasiti dan kesanggupan sebagai faktor yang mempengaruhi prestasi kerja individu. Sistem pengukuran prestasi mewakili dimensi peluang, kompetensi mewakili kapasiti dan kepuasan kerja pula mewakili kesanggupan diuji sebagai faktor yang mempengaruhi prestasi kerja pensyarah. Kajian menggunakan kaedah tinjauan di mana persepsi responden diperoleh melalui soal selidik. Responden terdiri daripada pensyarah di lima buah universiti penyelidikan awam. Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan pensampelan rawak berstrata. Proses analisis data berdasarkan Pemodelan Persamaan Berstruktur menggunakan perisian AMOS. Kajian mendapati sistem pengukuran prestasi, kompetensi dan kepuasan kerja mempunyai hubungan langsung yang signifikan dengan prestasi kerja. Selain itu, ujian mendapati kompetensi dan kepuasan kerja merupakan pemboleh ubah pengantara penuh antara sistem pengukuran prestasi dan prestasi kerja. Model sistem pengukuran prestasi yang mengandungi elemen strategik, komprehensif dan dinamik didapati diamalkan dalam pengurusan universiti berkaitan. Sumbangan kajian secara teoretikal adalah pembuktian sistem pengukuran prestasi sebagai faktor peluang untuk cemerlang dalam prestasi, kewujudan kompetensi dan kepuasan kerja sebagai pengantara penuh hubungan sistem pengukuran prestasi dan prestasi kerja. Selain itu, kajian ini mengetengahkan konsep sistem pengukuran prestasi kontemporari dan validasi terhadap model yang menggabungkan dimensi strategik, kontemporari dan dinamik. Secara praktikal, model prestasi kerja pensyarah yang dibina boleh digunakan oleh pengurusan universiti terutama penelitian terhadap amalan sistem pengukuran prestasi. Limitasi kajian adalah termasuk sampel kajian yang terhad serta tumpuan kepada keperluan dan kegunaan item di universiti sahaja.