Kesan pembelajaran secara mobil terhadap minat dan motivasi pelajar jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi (IR)

Kajian ini mengkaji kesan pembelajaran secara mobil (PsM) terhadap minat dan motivasi pelajar pendidikan jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Reka bentuk eksperimen kuasi dipilih berdasarkan teknik praujian dan pascaujian. Seramai 102 responden telah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norhafiza Jamaluddin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2721
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini mengkaji kesan pembelajaran secara mobil (PsM) terhadap minat dan motivasi pelajar pendidikan jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Reka bentuk eksperimen kuasi dipilih berdasarkan teknik praujian dan pascaujian. Seramai 102 responden telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen (52 orang) dan kumpulan kawalan (50 orang). Pelajar dalam kumpulan eksperimen didedahkan dengan kaedah Pembelajaran secara Mobil (PsM) manakala pelajar dalam kumpulan kawalan didedahkan dengan Pembelajaran menerusi Portal (PmP). Dua set soalan iaitu pra dan pascaujian telah diedarkan kepada kedua-dua kumpulan. Kesan PsM dan PmP ke atas minat pelajar dianalisis menggunakan MANCOVA, ANCOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah PsM adalah berkesan dalam meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran berbanding kaedah PmP dalam kursus tersebut. Sebaliknya, PsM dan PmP tidak mempunyai hubungan signifikan dengan motivasi pelajar. Namun begitu, terdapat korelasi yang kuat antara minat dan motivasi mereka yang didedahkan dengan PsM untuk belajar. Keseluruhannya, kaedah PsM adalah sangat berkesan digunakan dalam kalangan pelajar PJJ kursus Pengantar Ekonomi kerana mampu meningkatkan minat mereka untuk belajar berbanding kaedah pembelajaran konvensional. Walau bagaimanapun, satu kajian yang komprehensif wajar dijalankan untuk memastikan keputusan yang diperoleh ini adalah mantap dan konsisten.