Hubungan faktor pendidikan dan persekitaran dengan aspirasi kerjaya perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang (IR)

Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara kuantitatif yang bertujuan untuk melihat hubungan faktor pendidikan dan persekitaran terhadap aspirasi kerjaya Perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 364 orang pelaj...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Rosmaizah Kamaruddin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2727
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara kuantitatif yang bertujuan untuk melihat hubungan faktor pendidikan dan persekitaran terhadap aspirasi kerjaya Perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 364 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan daripada sembilan buah sekolah di negeri Pahang. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min manakala bagi statistik inferensi ujian yang digunakan ialah ujian ANOVA, korelasi Pearson dan Regresi pelbagai. Hasil analisis mendapati tahap aspirasi kerjaya perakaunan dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Hasil analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor sosio ekonomi keluarga dengan aspirasi kerjaya Perakaunan, terdapat hubungan positif yang signifikan di antara sikap, kualiti pengajaran, persekitaran rumah, rakan sebaya dan media massa dengan aspirasi kerjaya perakaunan. Bagi aspek pencapaian pula, terdapat perhubungan negatif yang signifikan dengan aspirasi kerjaya perakaunan. Aspirasi kerjaya perakaunan dipengaruhi oleh sikap, persekitaran rumah, rakan sebaya dan kualiti pengajaran sebanyak 55.2 peratus. Minat terhadap kerjaya Perakaunan dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan dengan mewujudkan suasana ceria semasa sessi pengajaran dan pembelaj aran serta memberi pendedahan berterusan dan mendalam terhadap bidang kerjaya ini. Antara langkah yang dicadangkan ialah melaksanakan ceramah kerjaya, lawatan ke firma Perakaunan, melaksanakan amali kerjaya dan memberi pendedahan kepada bidang pengajian yang boleh diambil pada peringkat pengajian tinggi.