Kesan penggunaan modul pengintegrasian geogebra topik trigonometri terhadap pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah (IR)

Kajian ini bertujuan membina Modul Pengintegrasian GeoGebra topik Trigonometri II .serta menilai kesan penggunaannya dari segi pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah. Kaedah gabungan eksplanatori dan kuasi-eksperimen digunakan bagi menjawab soalan kajian. Seramai 47 orang murid dari...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Muhamad Hafizhuddin Abdul
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2829
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membina Modul Pengintegrasian GeoGebra topik Trigonometri II .serta menilai kesan penggunaannya dari segi pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah. Kaedah gabungan eksplanatori dan kuasi-eksperimen digunakan bagi menjawab soalan kajian. Seramai 47 orang murid dari sebuah sekolah menengah di Muar, Johor terlibat di dalam kajian ini. Analisis data kuantitatif adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian-t dan ujian ANCOVA digunakan di dalam kaj ian ini. Analisis kualitatif melibatkan data dari temu bual. Hasil dapatan data mendapati min markah murid kumpulan rawatan mengatasi min markah murid kumpulan kawalan secara signifikan. Melalui analisis soal selidik dan temu bual, murid kumpulan rawatan mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap Modul Pengintegrasian GeoGebra. Kesimpulannya, murid yang menjalani PdP Modul Pengintegrasian GeoGebra menunjukkan pencapaian yang lebih balk berbanding murid kumpulan tradisional serta mempunyai tahap motivasi yang positif terhadap bahan pembelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan penggunaan perisian GeoGebra yang digabungkan dengan modul bertulis berpotensi digunakan terhadap murid berpencapaian rendah bagi meningkatkan pencapaian dan mengekalkan motivasi.