Tahap kefahaman guru kolej vokasional terhadap elemen kurikulum standard kolej vokasional (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru Kolej Vokasional terhadap elemen-elemen Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 307 orang guru yang mengajar aliran vokasional daripada 15 Kolej Vokasional rintis di Malaysia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Halim Abdul Hamid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2832
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru Kolej Vokasional terhadap elemen-elemen Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 307 orang guru yang mengajar aliran vokasional daripada 15 Kolej Vokasional rintis di Malaysia yang dipilih secara persampelan bertujuan. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min (tahap kefahaman guru terhadap elemen kurikulum dalam kurikulum KSKV) manakala bagi statistik inferensi, ujian yang digunakan ialah ujian t, untuk mencari perbezaan kefahaman KSKV berdasarkan tahap kelulusan pendidikan dan sijil kemahiran, ujian ANOVA pula digunakan untuk mencari perbezaaan kefahaman KSKV antara guru berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh kursus yang dihadiri. Hasil analisis kajian mendapati tahap kefahaman guru aliran vokasional terhadap elemen KSKV berada pada tahap rendah iaitu, terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lepasan diploma dengan guru lepasan ijazah, antara guru yang mempunyai sijil kemahiran dengan guru yang tidak mempunyai sijil kemahiran, pengalaman mengajar dan tempoh kursus yang dihadiri oleh guru KV terhadap elemen KSKV. Kesimpulannya, hasil penyelidikan ini menunjukkan perbezaan demografi guru merupakan penentu dalam membezakan kefahaman guru terhadap elemen KSKV. Kajian yang lebih komprehensif juga perlu dilaksanakan di Kolej Vokasional untuk melihat kesan terhadap isu tahap kefahaman guru aliran vokasional terhadap elemen KSKV.