Perkaitan di antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental atlet Masum (IR)

<p>Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental dalam kalangan atlet yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Seramai 102 orang atlet MASUM terdiri daripada...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nur Zalikha Ahmad Zabidi
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3032
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental dalam kalangan atlet yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Seramai 102 orang atlet MASUM terdiri daripada 51 orang lelaki dan 51 orang wanita yang mewakili dalam sukan sofbol (30 orang), bola tampar (24 orang), ragbi (24 orang) dan bola baling (24 orang) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Task and Ego Orientation in Sport Questionaire, Duda & Nicholls (1989); Psychology Performance Inventory, PPI Loehr, (1986) dijawab oleh responden. Analisis deskriptif menjelaskan min dan sisihan piawai, ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini melalui program IBM SPSS version 20.0. Hasil dapatan ujian-t menunjukkan atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi perbezaan tahap kekuatan mental berdasarkan jantina atlet. Analisis korelasi Pearson menunjukkan tiada hubungan di antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental bagi atlet lelaki dan wanita. Kesimpulannya, prestasi dan kejayaan dalam sukan boleh dipertingkatkan sekiranya atlet sentiasa mempraktikkan corak orientasi matlamat dan kekuatan mental semasa latihan serta pertandingan.</p>