Keberkesanan visual foto penderaan kanak-kanak dalam memberi kesedaran dan mendidik masyarakat di Malaysia (IR)

<p>Kajian penyelidikan ini meliputi kefahaman dan keberkesanan peranan komunikasi visual dalam menyampaikan mesej visual foto kepada masyarakat mengenai kegiatan penderaan kanak-kanak di Malaysia. Tujuan penggunaan visual foto digunakan adalah sebagai satu instrument dalam mendidik dan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Noor Zulaika Zulkhifli Merican
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3337
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian penyelidikan ini meliputi kefahaman dan keberkesanan peranan komunikasi visual dalam menyampaikan mesej visual foto kepada masyarakat mengenai kegiatan penderaan kanak-kanak di Malaysia. Tujuan penggunaan visual foto digunakan adalah sebagai satu instrument dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya ibu bapa tentang penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Model Kari Killen yang digunakan untuk menerangkan dunia kanak-kanak serta dunia kanak-kanak luar diubahsuai untuk berkait rapat dengan elemen seni dan prinsip rekabentuk yang sesuai tentang isu penderaan kanak-kanak. Sampel kajian melibatkan seramai dua puluh tujuh orang kanak-kanak yang didera dan lima orang pegawai psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Kajian lapangan dilakukan di enam buah negeri berdasarkan kepada bilangan kes dera tertinggi direkodkan sepanjang penyelidikan dilakukan. Manakala instrumen pemerhatian, temu bual, borang kaji selidik dan visual foto digunakan sebagai tatacara pengumpulan data. Dapatan data daripada temu bual, pemerhatian dan soal selidik serta visual foto digunakan untuk membangunkan enam poster berkaitan penderaan kanak-kanak. Enam keping sampel poster ini digunakan sebagai pameran kepada masyarakat terutamanya ibu bapa dalam memberi kesedaran tentang penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kajian mendapati bahawa, medium visual foto yang digunakan sebagai pendekatan dalam menyampaikan mesej positif kepada masyarakat terutamanya ibu bapa, ianya juga memberi kesan emosi tentang penderaan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia. Implikasi kajian menunjukkan visual foto perlu diperbanyakkan untuk menyampaikan mesej berkaitan penderaan kanak-kanak dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat.</p>