Pemikiran rasionalisme dalam kumpulan sajak moden Kaliaperumal (IR)

<p>Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran rasionalisme, menganalisis kerelevenan pemikiran rasionalisme yang terdapat dalam sajak moden karya Kaliaperumal serta latar belakang dan kepengarangan Kaliaperumal. Kumpulan sajak moden Ponman:i Kan:aikal: dan Ponman:i Cinht...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sathiavani Maniam
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3361
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran rasionalisme, menganalisis kerelevenan pemikiran rasionalisme yang terdapat dalam sajak moden karya Kaliaperumal serta latar belakang dan kepengarangan Kaliaperumal. Kumpulan sajak moden Ponman:i Kan:aikal: dan Ponman:i Cinhthanaikal: dipilih sebagai bahan kajian. Walaupun terdapat sebanyak 203 buah sajak, hanya sejumlah 143 buah sajak dari kedua-dua kumpulan mencerminkam pemikiran rasionalisme. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif deskriptif. Kaedah ini memberi keterangan tentang sifat dan keadaaan manusia serta memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan pada kedua-dua kumpulan sajak moden Kaliaperumal. Kajian ini menggunakan teori rasionalisme dengan menekankan faktor institusi sosial, ekonomi dan politik. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kaliaperumal merupakan seorang pengarang prolifik yang berani membincangkan tentang kehidupan masyarakat Tamil di Malaysia. Gambaran kehidupan masyarakat Tamil yang masih memberi keutamaan kepada sikap mementingkan diri sendiri telah didedahkan. Secara keseluruhannya penyajak Kaliaperumal berjaya mencerminkan pemikiran rasionalisme menerusi sajak-sajak beliau dengan mengaitkan kehidupan sebenar masyarakat Tamil di negara ini. Kajian ini menegaskan bahawa masyarakat Tamil boleh berjaya jika amalan kesedaran dan keinsafan dipraktikkan dalam kehidupan mereka.</p>