Bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak 1874-1940 (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menfokuskan perkembangan bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak dalam tempoh tahun 1874 sehinggalah tahun 1940. Adalah dianggarkan lebih kurang tiga puluh buah bandar dan pekan kecil di seluruh negeri Perak. Kajian ini dilaksana dengan menggunakan kaedah penyel...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nor Hisham Zulkiflee
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3366
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menfokuskan perkembangan bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak dalam tempoh tahun 1874 sehinggalah tahun 1940. Adalah dianggarkan lebih kurang tiga puluh buah bandar dan pekan kecil di seluruh negeri Perak. Kajian ini dilaksana dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang menekankan penggunaan sumber primer seperti rekod-rekod kolonial British yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Laporan Tahunan, Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Daerah,surat-surat Residen British dan Perak Government Gazzete.Kesemua dokumen ini dianalisis dan dibuat penilaian serta tafsiran secara hermeneutic bagi mengelakkan sebarang bias. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kemunculan bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak didapati bukan sahaja berpunca daripada kesan perlombongan bijih timah tetapi perkembangan tersebut turut dipengaruhi oleh pentadbiran kolonial British, impak Revolusi Perindustrian, peranan pegawai British dan pemimpin setempat, kewujudan sistem perhubungan moden dan pertanian komersil. Perkembangan bandar dan pekan bijih timah ini berterusan sehinggalah ia menjadi semakin kurang berfungsi akibat pengaruh persekitaran ekonomi pada masa penjajahan kolonial British yang mengalami kemerosotan. Walau bagaimanapun, bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak dianggap sebagai mercu tanda perbandaran pertama yang terancang di Tanah Melayu serta mampu diangkat menjadi warisan negara.