Pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah (IR)

<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan enam di sebuah sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepercayaan efikasi kendiri dan tingk...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Nurul Hidayu Mohammad
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2017
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3537
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan enam di sebuah sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepercayaan efikasi kendiri dan tingkah laku penerokaan kerjaya berdasarkan jantina dan umur. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan bilangan sampel adalah seramai 254 orang pelajar. Kajian menggunakan instrumen borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi iaitu dengan melibatkan Ujian-t serta regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara kepercayaan efikasi kendiri dengan tingkah laku penerokaan kerjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan efikasi kendiri serta tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar berdasarkan umur. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan efikasi kendiri pelajar dan tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar berdasarkan jantina. Kesimpulannya kepercayaan efikasi kendiri memberi impak terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar. Implikasi kajian menunjukkan semua pihak seperti ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya.</p>