Keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog ke atas pencapaian Matematik murid tahun 2 (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik murid Tahun 2 di sebuah sekolah di negeri Perak. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di se...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Theinmoli Munusamy
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3559
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik murid Tahun 2 di sebuah sekolah di negeri Perak. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di semua sekolah di Malaysia. Tiga objektif kajian iaitu mengukur keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pencapaian Matematik, mengukur tahap kepuasan dan tahap kemahiran menggunakan Frog VLE dalam kalangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sampel dibahagikan kepada 30 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang murid untuk kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah menggunakan Frog VLE untuk pembelajaran manakala kumpulan kawalan menggunakan pendekatan tradisional untuk pembelajaran. Tiga set instrumen digunakan iaitu soalan pengujian, soal selidik dan senarai semak kompetensi kemahiran. Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan pencapaian Matematik yang signifikan min antara murid yang mengikuti pembelajaran melalui Frog VLE berbanding pembelajaran secara tradisional. Tahap kepuasan penggunaan kaedah Frog VLE adalah tinggi dan tahap kemahiran penggunaan kaedah Frog VLE adalah sederhana. Secara kesimpulannya, kaedah Frog VLE boleh digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik dengan bimbingan guru. Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru dan dijadikan panduan memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran.