Analisis corak perbelanjaan penerima bantuan awal persekolahan dalam kalangan ibu bapa (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan mengikut latar belakang demografi dan sosio ekonomi penerima bantuan terhadap perbelanjaan persekolahan anak-anak dalam kalangan ibu bapa. Kajian juga dijalankan untuk mengetahui persepsi penerima bantuan terhadap bantuan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zulkainain Ahmad
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3923
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan menganalisis corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan mengikut latar belakang demografi dan sosio ekonomi penerima bantuan terhadap perbelanjaan persekolahan anak-anak dalam kalangan ibu bapa. Kajian juga dijalankan untuk mengetahui persepsi penerima bantuan terhadap bantuan awal persekolahan yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi dipilih untuk menjawab tiga persoalan kajian dan lima hipotesis. Seramai 367 orang di sekitar kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dipilih menjadi responden menggunakan teknik persampelan rawak berlapis. Satu set borang soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Beberapa ujian statistik digunakan bertujuan menguji hipotesis kajian, antaranya analisis ujian-t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina dan etnik responden dengan corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan. Namun, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan tanggungan, taraf pendidikan dan jumlah pendapatan responden dengan corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa perbezaan latar belakang sosio ekonomi ibu bapa membentuk satu corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan yang berbeza. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pemberian wang bantuan awal persekolahan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan dan dibelanjakan ke arah aspek pendidikan anak-anak melebihi aspek bukan pendidikan oleh ibu bapa.