Cerpen karya Lelavazhagu dari perspektif nilai kemanusiaan (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai kemanusiaan, menganalisis unsur-unsur pengajaran dan meneliti keberkesanan dalam pembentukan sahsiah pembaca dalam cerpen-cerpen I. Elavazhagu. Analisis kajian ini tertumpu kepada 15 cerpen I.Elavazhagu yang dipilih daripada kumpulan cerpen berju...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sentamarai Punusamy
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3965
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai kemanusiaan, menganalisis unsur-unsur pengajaran dan meneliti keberkesanan dalam pembentukan sahsiah pembaca dalam cerpen-cerpen I. Elavazhagu. Analisis kajian ini tertumpu kepada 15 cerpen I.Elavazhagu yang dipilih daripada kumpulan cerpen berjudul Mannukkuc Contam dan Mitci. Pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis teks berdasarkan teori moral telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh nilai kemanusiaan, 14 unsur pengajaran dan 13 un sur pembentukan sahsiah pembaca dalam cerpen-cerpen I.Elavazhagu. Kesimpulan kajian ini membuktikan bahawa nilai kemanusiaan sangat penting dan perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesan positif dalam cerpen-cerpen yang dikaji boleh dijadikan teladan, panduan dan renungan bersama. Manakala kesan negatif dalam cerpen-cerpen ini boleh dijadikan teladan dan sempadan untuk berfikir secara bernas.