Kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadap prestasi servis Bola Tampar

Kajian ini bertujuan melihat kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadapprestasi servis bola tampar dalam kalangan pemain-pemain bola tampar perempuan bawah 15 tahun didaerah Klang. Kajian ini menyelidiki bagaimana tiga kelajuan imageri yang berbeza memberi kesanterhadap dua tekn...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Amril Md. Hashim
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4988
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan melihat kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadapprestasi servis bola tampar dalam kalangan pemain-pemain bola tampar perempuan bawah 15 tahun didaerah Klang. Kajian ini menyelidiki bagaimana tiga kelajuan imageri yang berbeza memberi kesanterhadap dua teknik servis dalam permainan bola tampar iaitu servis bawah tangan dan servis atastangan. Seramai 45 orang pemain bola tampar telah dipilih dan diletakkan dalam salah satu daripadatiga kumpulan imageri (gerak pantas, gerak sebenar dan gerak perlahan). Pemain melakukan penilaianservis sebanyak dua kali (ujian pra dan ujian pasca). Instrumen yang digunakan dalam kajian iniialah borang soal selidik imageri pergerakan (MIQ-R), video modeling, audio imageri serta borangrekod percubaan servis. Dapatan kajian berdasarkan ujian t bersandar yang dijalankan telahmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalamketiga-tiga kumpulan imageri bersama video modelling iaitu gerak pantas [servis bawah (t=-5.228,p<0.05) servis atas (t=-2.905, p<0.05)], gerak sebenar [servis bawah (t=-5.676, p<0.05) servisatas (t=-9.872, p<0.05)] dan gerak perlahan [servis bawah (t=-4.009, p<0.05) servis atas(t=-12.913, p<0.05)] tetapi bagi ujian MANOVA bagi pencapaian pasca perbandingan di antaraketiga-tiga kumpulan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05). Kesimpulandaripada kajian ini menunjukkan peningkatan prestasi pemain berlaku dalam semua kumpulan selepasintervensi imageri dengan tiga kelajuan dilakukan. Walaubagaimanapun perbezaan peningkatan prestasiini tidak begitu ketara perbezaannya antara kumpulan. Implikasi kajian ini, menunjukkan bahawalatihan imageri video modeling pelbagai kelajuan berguna dalam meningkatkan prestasi pemain bolatampar bagi kedua-dua servis atas dan bawah yang dilakukan. Namun, kelajuan imej yang berbezasemasa imageri termasuk ketika menggunakan video tidak memberi kesan yang besar kepadaperbezaanprestasi servis pemain.