Kesan adventure based counselling terhadap peningkatan efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih program latihan khidmat negara

Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan untuk menguji kesanAdventure BasedCounseling (ABC) terhadap efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih kem Program LatihanKhidmat Negara (PLKN). Seramai 60 orang pelatih di dua buah kem PLKN di dalam negeri Selangor yangterdiri daripada lelaki dan perem...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wilson@Vincent Peter Pramo
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5076
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan untuk menguji kesanAdventure BasedCounseling (ABC) terhadap efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih kem Program LatihanKhidmat Negara (PLKN). Seramai 60 orang pelatih di dua buah kem PLKN di dalam negeri Selangor yangterdiri daripada lelaki dan perempuan serta tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu/Bumiputra,Cina dan India yang mempunyai skor rendah dalam Skala Efikasi Kendiri dan Skala Resilien dikenalpasti sebagai subjek kajian. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dankumpulan kawalan seramai 30 orang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan bagisetiap kumpulan. Subjek kumpulan rawatan mengikuti intervensi ABC dengan elemen cabaran tahaprendah (Low Element Challenge Course) dan diproses dengan kaunseling kelompok. Manakala kumpulankawalan pula mengikuti latihan konvensional di kem PLKN seperti biasa. Alat ujian Skala EfikasiKendiri dan Resilien ditadbir bagi mendapatkan data pra-ujian dan pos-ujian. Data dianalisismenggunakan Perbandingan Min, Ujian t Berpasangan, ANCOVA dan Pos-Hoc pada aras nilai signifikan0.05. Dapatan kajian mendapati bahawa rawatan dengan modul ABC berkesan dalam meningkatkan efikasikendiri dan resilien dalam kalangan subjek kajian. Dapatan kajian turut mendapati rawatan modul ABCdapat meningkatkan efikasi kendiri berdasarkan jantina dan kaum. Kesimpulannya kajian mendapatibahawa faktor jantina dan kaum tidak mempengaruhi kesan rawatan. Kajian ini memberi implikasibahawa modul ABC boleh dijadikan sebagai salah satustrategi latihan untuk pelatih di kem Program Latihan Khidmat Negara.