Kesan adventure based counselling terhadap peningkatan efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih program latihan khidmat negara

Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan untuk menguji kesanAdventure BasedCounseling (ABC) terhadap efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih kem Program LatihanKhidmat Negara (PLKN). Seramai 60 orang pelatih di dua buah kem PLKN di dalam negeri Selangor yangterdiri daripada lelaki dan perem...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Wilson@Vincent Peter Pramo
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5076
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan untuk menguji kesanAdventure BasedCounseling (ABC) terhadap efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih kem Program LatihanKhidmat Negara (PLKN). Seramai 60 orang pelatih di dua buah kem PLKN di dalam negeri Selangor yangterdiri daripada lelaki dan perempuan serta tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu/Bumiputra,Cina dan India yang mempunyai skor rendah dalam Skala Efikasi Kendiri dan Skala Resilien dikenalpasti sebagai subjek kajian. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dankumpulan kawalan seramai 30 orang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan bagisetiap kumpulan. Subjek kumpulan rawatan mengikuti intervensi ABC dengan elemen cabaran tahaprendah (Low Element Challenge Course) dan diproses dengan kaunseling kelompok. Manakala kumpulankawalan pula mengikuti latihan konvensional di kem PLKN seperti biasa. Alat ujian Skala EfikasiKendiri dan Resilien ditadbir bagi mendapatkan data pra-ujian dan pos-ujian. Data dianalisismenggunakan Perbandingan Min, Ujian t Berpasangan, ANCOVA dan Pos-Hoc pada aras nilai signifikan0.05. Dapatan kajian mendapati bahawa rawatan dengan modul ABC berkesan dalam meningkatkan efikasikendiri dan resilien dalam kalangan subjek kajian. Dapatan kajian turut mendapati rawatan modul ABCdapat meningkatkan efikasi kendiri berdasarkan jantina dan kaum. Kesimpulannya kajian mendapatibahawa faktor jantina dan kaum tidak mempengaruhi kesan rawatan. Kajian ini memberi implikasibahawa modul ABC boleh dijadikan sebagai salah satustrategi latihan untuk pelatih di kem Program Latihan Khidmat Negara.