Konsep feminisme talbiah dalam karya Aminah Mokhtar

Tujuan kajian ini untuk menganalisis ciri-ciri perwatakan wanita MelayuIslam dari perspektif feminisme Barat dan Islam. Objektif kajian adalah untuk menganalisisperwatakan wanita Melayu Islam berasaskan Konsep Feminisme Talbiah, mengaplikasikan KonsepFeminisme Talbiah terhadap karya-karya prosa Amin...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ida Roziana Abdullah
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5213
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan kajian ini untuk menganalisis ciri-ciri perwatakan wanita MelayuIslam dari perspektif feminisme Barat dan Islam. Objektif kajian adalah untuk menganalisisperwatakan wanita Melayu Islam berasaskan Konsep Feminisme Talbiah, mengaplikasikan KonsepFeminisme Talbiah terhadap karya-karya prosa Aminah Mokhtar dan membangunkan kerangkakonsep Feminisme Talbiah berasaskan model Elaine Showalter dan Yusuf al-Qardhawi. Kajianini menggunakan reka bentuk kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Pengkaji telahmenggunakan empat elemen ginokritikan oleh Elaine Showalter dan enam elemen kedudukan wanita dalamIslam menurut Yusuf al-Qardhawi. Elemen-elemen ini digunakan untuk membentuk Konsep FeminismeTalbiah. Dapatan kajian mendapati ginokritikan mempunyai kelompangan, iaitu tidakbersandarkan kepada pegangan Tauhid dan bertentangan dengan perwatakan wanita Melayu Islamyang hidup dalam syariat Islam serta budaya Melayu. Pencantuman ginokritikan dengan kedudukan wanita dalam Islam telah melahirkan aspek luaran dan aspek dalaman KonsepFeminisme Talbiah yang memfokuskan kepada pegangan Tauhid, iaitu berdasarkan Konsep Talbiahyang bermaksud menyerah diri secara mutlak kepada Allah SWT. Dapatan sorotan kepustakaanmendapati Konsep Feminisme Talbiah ini dibahagikan kepada aspek luaran yang terdiri daripadapersonaliti, ketakwaan dan budaya manakala aspek dalaman pula terdiri daripada psikologi serta spiritual/kerohanian. Pengkaji telah mengaplikasikan Konsep Feminisme Talbiah ini terhadap karya prosa, iaitu novel dan cerpen hasil kepengarangan AminahMokhtar, iaitu Ratap Rabitah dan Diari Seorang Jururawat serta tiga buah cerpen yang terdapatdalam Kumpulan Cerpen Pelamin Embun, iaitu Akar Cinta, Aku Ingin Menjadi Rabiah dan LautanCintaku, Istana Pasir Adik- adik. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian Konsep Feminisme Talbiah terhadap novel dan cerpen karya Aminah Mokhtar memperkasa konsep Tauhid dalam karya tersebut. Implikasi kajian menunjukkan Konsep Feminisme Talbiah mempunyai keserasian untuk diaplikasikan kepada novel serta cerpenpilihan karya Aminah Mokhtar dalammemaparkan watak dan perwatakan wanita Melayu yang Muslimah.