Analisis kesediaan guru terhadap integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesediaan guru dalam mengintegrasikankemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikapsemasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) prasekolah dilaksanakan. Pendekatan kualitatifdengan reka bentuk Hermeneutik telah digunaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sandra Suffian
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5429
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesediaan guru dalam mengintegrasikankemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikapsemasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) prasekolah dilaksanakan. Pendekatan kualitatifdengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiridaripada temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang melibatkan seramai 15 orangguru prasekolah. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasiteks kepada metateks. Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah menumpukan tiga daripada empat tahap pemikiran KBAT yang terdapat dalam Kurikulum Standard PrasekolahKebangsaan (KSPK), iaitu mencipta, mengaplikasi dan menganalisis dalam penulisan RancanganPengajaran Harian (RPH). Guru kerap menggunakan peta buih sebagai alat berfikir semasaproses PdP. Guru juga menggunakan strategi pengajaran yang berkesan seperti aktiviti berkumpulan, meneroka di luar persekitaran kelas dan teknik penceritaan. Masalah utama yang dihadapi oleh guru prasekolah untuk mengintegrasikan KBAT ialahkesukaran mengakses internet, kurangnya pengetahuan mengenai KBAT dan belum memahami konsep KBAT sepenuhnya. Pada keseluruhannya, guru mempunyai sikap positif terhadapkesediaan dalam menguasai dan mengintegrasi KBAT dalam melaksanakan PdP di prasekolah.Kesimpulannya, guru masih belum mempunyai kesediaan dalam mengintegrasi konsep KBATsepenuhnya. Implikasi kajian ialah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengintegrasikan KBAT dalam isi kandungan pengetahuan kepada guru melalui seminar,kursus atau bengkel dari semasa ke semasa ke arah PdP prasekolahyang mantap.