Pelaksanaan program Bimbingan Tahfiz Bestari (PINTAR) sebagai medium tuisyen tahfiz separuh masa di negeri Pahang

Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Program Bimbingan Tahfiz Bestari(PINTAR) yang merupakan tuisyen tahfiz separuh masa di negeri Pahang. Kajian ini juga mengkajiModul LIQA (Latihan Intensif Hafazan Al-Quran) yang merupakan modul utama yang digunakan dalam PINTAR dalam membantu meningkatkan pen...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Hasdi Mohamed
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5439
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Program Bimbingan Tahfiz Bestari(PINTAR) yang merupakan tuisyen tahfiz separuh masa di negeri Pahang. Kajian ini juga mengkajiModul LIQA (Latihan Intensif Hafazan Al-Quran) yang merupakan modul utama yang digunakan dalam PINTAR dalam membantu meningkatkan pencapaian hafazan pelajar. Pendekatankualitatif menerusi temubual telah digunakan sepenuhnya dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajiandijalankan secara persampelan bertujuan yang melibatkan 50 orang yang terdiri daripada 5pentadbir, 5 penyelaras, 10 guru dan 30 pelajar. Lima buah sekolah telah dipilih yangmewakili kategori sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah agama bantuan kerajaan,sekolah berasrama penuh, sekolah harian dan agensi kerajaan. Instrumen yang digunakan bagi kajianini adalah 4 set temubual yang memfokuskan kepada pelaksanaan, kaedah hafazan,keberkesanan dan penilaian terhadap PINTAR. Temu bual dianalisis secara tematik melalui transkripsi temu bual yang diberikan kod mengikut kategori responden dan soalantemubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program tahfiz separuh masa PINTAR telah berjayamembimbing pelajar menghafaz al-Quran walaupun ianya dilaksanakan secara separuh masa. Iajuga memberi impak positif kepada pelajar sama ada dari sudut peningkatan kecemerlangan pelajar dalam akademik dan memiliki sahsiah yang baik dari segi akhlak.Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah hafazan menggunakan Modul LIQA telah membantudalam peningkatan hafazan pelajar berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan. Namun beberapa masalah telah dikenalpasti seperti kekurangan guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang tahfiz, kekangan masa dan persekitaran yang kurang kondusif merupakancabaran besar dalam pelaksanaan program ini. Kesimpulan kajian menunjukkan Program Bimbingan Tahfiz Bestari (PINTAR) sesuai dilaksanakan berdasarkan persepsi respondensebagai tuisyen tahfiz secara separuh masa dan sekaligus boleh memberi implikasi positif dalamkemenjadian diri pelajar.