Nilai dan fungsi tangon-tangon masyarakat Kadazandusun dalam pembentukan karakter murid sekolah

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis nilai dan fungsi yang terdapat dalam beberapatangon-tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun, serta mengenal pasti strategi pengajaranguru dalam mendedahkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam tangon- tangon (cerita rakyat)bagi pembentukan karakter mur...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Florina Jumil
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5763
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis nilai dan fungsi yang terdapat dalam beberapatangon-tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun, serta mengenal pasti strategi pengajaranguru dalam mendedahkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam tangon- tangon (cerita rakyat)bagi pembentukan karakter murid sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data melalui tiga sumber iaitupemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dokumen yang dianalisis ialah Himpunan Cerita Kadazandusun menggunakan Teori Pendekatan Moral sebagai landasan utama danTeori Formalistik sebagai teori sokongan pengkaji. Kaedah persampelan digunakan untuk menentukankesesuaian responden agar selari dengan objektif kajian. Seramai 7 orang guru Bahasa Kadazandusundan 72 orang murid tahap dua di beberapa buah sekolah rendah sekitar daerah Ranau Sabah, yangterlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian dalam analisis dokumen menunjukkan bahawa tangon-tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun mempunyai nilai-nilai murni yangsesuai diterapkan kepada murid sekolah. Seterusnya, terdapat 3 fungsi utama tangon-tangon(cerita rakyat) iaitu hiburan, pendidikan dan alat kawalan sosial. Dapatan kajian dalam temu bual mendapati bahawa walaupun tangon-tangon (cerita rakyat) bukanlah faktor utamadalam pembentukan karakter, tetapi ia menjadi pemangkin kepada pembentukan karakter dalammenanamkan nilai kasih saying, kerajinan, kejujuran, toleransi dan menghormati orang tua khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah. Kesimpulannya, kajian ini mendapati tangon-tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun dapat membantu kepadapembentukan karakter murid sekolah melalui nilai dan fungsi yang terdapat dalam cerita tersebut.Implikasi kajian, menunjukkan tangon-tangon (cerita rakyat) mampu menyumbang membentukakarakter murid dengan usaha pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan KPMdalam memperluaskan lagi penggunaan cerita rakyat seperti tangon-tangon sama ada dalamPdP atau kehidupan seharian.