Reflection of feminism in the anthology of short stories Peravaik Kataikal

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti imej wanita, menghuraikan emansipasiwanita dan menganalisis status wanita dalam antologi cerpen P?ravaik Kataika? yangtelah diterbitkan oleh Persatuan Bahasa Tamil, Universiti Malaya dari 1986 hingga2008. Penyelidik telah menggunakan kaedah kepustakaan dan k...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Rajeswari Arumugam
格式: thesis
語言:eng
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6351
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti imej wanita, menghuraikan emansipasiwanita dan menganalisis status wanita dalam antologi cerpen P?ravaik Kataika? yangtelah diterbitkan oleh Persatuan Bahasa Tamil, Universiti Malaya dari 1986 hingga2008. Penyelidik telah menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teksberdasarkan teori feminisme kebudayaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawasebanyak 43 cerpen sahaja mencerminkan feminisme kebudayaaan daripada 294cerpen yang telah diterbitkan dalam jangka masa 25 tahun tersebut. Daripada jumlahcerpen tersebut, aspek-aspek imej, imansipasi dan status wanita dapat dilihat sebagaiibu dalam 14 cerpen, isteri dalam 12 cerpen, anak perempuan dalam sembilan cerpen,remaja dalam tujuh cerpen dan anak dara tua dalam dua cerpen. Kesemua wanitatersebut diimejkan sebagai watak yang bersifat mematuhi ciri-ciri feminismekebudayaan; diemansipasikan sebagai pejuang untuk mencapai kejayaan; dandistatuskan sebagai wanita yang berjaya dalam perjuangan mereka. Kajian inimenunjukkan bahawa ciri-ciri feminisme kebudayaan masih kukuh dalam kalanganwanita kaum Tamil Malaysia. Implikasi kajian ini berfaedah kepada penggubal dasaruntuk memahami peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat, seterusnyamembantu mereka berdikari.