Impak lokasi ke atas harga rumah di Kuala Lumpur, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menentukan impak lokasi ke atas harga rumah dibandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kajiankes dipilih untuk menjawab persoalan kajian. Model harga hedonik dan analisis kepentingan relatif(relaimpo) digunakan bagi mengukur impa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustika Misran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6721
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan impak lokasi ke atas harga rumah dibandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kajiankes dipilih untuk menjawab persoalan kajian. Model harga hedonik dan analisis kepentingan relatif(relaimpo) digunakan bagi mengukur impak atribut lokasi dan struktural ke atas harga rumah.Dapatan kajian menunjukkan nisbah R yang diperoleh agak tinggi iaitu 0.80. Dapatankajian juga menunjukkan bahawa hanya empat atribut lokasi sahaja memberi impak positifke atas harga rumah iaitu setiap 100 m menghampiri pusat membeli-belah meningkatkan hargarumah sebanyak 10%, pusat bandar (CBD) sebanyak 9%, tasik rekreasi sebanyak 6% dan hutansebanyak 7%. Terdapat juga impak negatif beberapa atribut lokasi ke atas harga rumahiaitu setiap 100 m menghampiri hospital menurunkan harga rumah sebanyak 10%, sekolah rendahsebanyak 9%, sekolah rendah berprestasi tinggi sebanyak 5% dan sekolah menengahberprestasi tinggi sebanyak 10%. Sementara itu, analisis kepentingan relatif pulamenunjukkan bahawa atribut lokasi memberi sumbangan hanya sebanyak 11.63%, manakala atributstruktural seperti saiz lantai, bilangan bilik tidur, jenis rumah, pegangan kekal dansaiz lot memberi sumbangan sebanyak 67.90% ke atas harga rumah di bandaraya KualaLumpur. Kesimpulannya, dapatan yang diperoleh telah menyumbang kepada perkembanganliteratur berkaitan impak lokasi ke atas harga rumah. Implikasi kajian ini ialah ia diharapkandapat menjadi panduan kepada penjual dan pemaju perumahan dalam menetapkan harga dan pembeli jugaberupaya untuk membuat rundingan tentang harga rumah. Hal ini dapat membuka ruang kepadakedua-dua belah pihak untuk mencapai kata sepakat dalam transaksi jual-beli rumah.