Impak lokasi ke atas harga rumah di Kuala Lumpur, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menentukan impak lokasi ke atas harga rumah dibandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kajiankes dipilih untuk menjawab persoalan kajian. Model harga hedonik dan analisis kepentingan relatif(relaimpo) digunakan bagi mengukur impa...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mustika Misran
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6721
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menentukan impak lokasi ke atas harga rumah dibandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kajiankes dipilih untuk menjawab persoalan kajian. Model harga hedonik dan analisis kepentingan relatif(relaimpo) digunakan bagi mengukur impak atribut lokasi dan struktural ke atas harga rumah.Dapatan kajian menunjukkan nisbah R yang diperoleh agak tinggi iaitu 0.80. Dapatankajian juga menunjukkan bahawa hanya empat atribut lokasi sahaja memberi impak positifke atas harga rumah iaitu setiap 100 m menghampiri pusat membeli-belah meningkatkan hargarumah sebanyak 10%, pusat bandar (CBD) sebanyak 9%, tasik rekreasi sebanyak 6% dan hutansebanyak 7%. Terdapat juga impak negatif beberapa atribut lokasi ke atas harga rumahiaitu setiap 100 m menghampiri hospital menurunkan harga rumah sebanyak 10%, sekolah rendahsebanyak 9%, sekolah rendah berprestasi tinggi sebanyak 5% dan sekolah menengahberprestasi tinggi sebanyak 10%. Sementara itu, analisis kepentingan relatif pulamenunjukkan bahawa atribut lokasi memberi sumbangan hanya sebanyak 11.63%, manakala atributstruktural seperti saiz lantai, bilangan bilik tidur, jenis rumah, pegangan kekal dansaiz lot memberi sumbangan sebanyak 67.90% ke atas harga rumah di bandaraya KualaLumpur. Kesimpulannya, dapatan yang diperoleh telah menyumbang kepada perkembanganliteratur berkaitan impak lokasi ke atas harga rumah. Implikasi kajian ini ialah ia diharapkandapat menjadi panduan kepada penjual dan pemaju perumahan dalam menetapkan harga dan pembeli jugaberupaya untuk membuat rundingan tentang harga rumah. Hal ini dapat membuka ruang kepadakedua-dua belah pihak untuk mencapai kata sepakat dalam transaksi jual-beli rumah.